Thursday, September 17, 2009
Creating and printing a quiz, test, or exam, has never been easier. Schoolhouse Test makes a time-consuming chore a whole lot easier and the result considerably more professional. Some of our customers have even hinted that creating tests with Schoolhouse Test can actually be an enjoyable process. While we can’t guarantee that, we can guarantee that test-making with Schoolhouse Test will be more fun than whatever system you’re using now. Assess learning with varied question types With Schoolhouse Test you can design custom tests to evaluate learning in any subject area using eight different question types: multiple-choice, fill-in-the-blanks, matching, short answer, list, order, true/false, long answer. Using various question types in your tests will make the test more interesting and challenging for your students. It can also make it easier to assess learning for material that does not conform to just the multiple-choice question type. Save paper and cut marking time One of the more popular features of Schoolhouse Test is the answer sheet. You can automatically create an answer sheet for students to record their answers on and save the actual test document for future use. Saves paper and photocopier costs. The answer sheet also makes for easy marking. Simply place a student answer sheet on top of the answer key on a lighted surface (such as an overhead projector) and you can score an entire test in seconds. Create your first test in minutes And Schoolhouse Test is surprisingly easy to use and very intuitive. It incorporates three views or work areas depending on the current task. You use the design view to construct your test, the document view to format the test and see exactly what it will look like when printed, and the answer sheet view to format the answer sheet and see what it will look like when printed, if you have opted to use an answer sheet that is. DOWNLOAD>>>
DOWNLOAD>>>> pass dia www.dl4all.com
Wednesday, September 16, 2009
Download>>>
Nak install Garmin kena ikut step kat bawah ni: 1. Download semua file yang berkenaan dari link kat bawah ni: 1. Garmin Mobile XT for Symbian S60 3rd Edition, Ver. 5.00.50 2. Garmin Mobile XT Free Basemap software version 4.xx.xx 3. Garmin Mobile XT Support Files software version 4.xx.xx 4. Emei Convertor and Keygen-> Format rar, kena extract dulu lepas download 5. MFM v1.74+SRTM WM v1.02 ->Map semenanjung Malaysia dengan Singapura 6. POI v2.04 GMXT - Yang ni optional, nak guna boleh tak nak guna pun boleh 2. Lepas siap download semua file connect handset ke pc, tak kisah la guna cable ke bluetooth ke, tapi pilih 'mass storage'. Nanti dia detect memory card handphone kita tu jadi macam flash drive. Kalau nak remove memory card dari handset pastu masukkan dalam card reader pun boleh jugak, janji pc korg detect kad tu. 3. Dah siap connect identify drive untuk memory card tu. Pastu double click file no 1 yang dah siap download, install kat dalam memory card handphone. 4. Dah siap untuk file yang pertama, ulang untuk file yang ke2 dgn yang ke3. 5. Dah complete tiga-tiga file, dial *#06#. Nanti kuar no siri handphone (emei no) 15 digit. Salin la kat mana-mana, kat notepad pun boleh. Lepas tu launch emei convertor. Masukkan no siri handphone yang kita dapat tadi pastu click convert. Copy no yang dia bagi kat 'Your Garmin Unit ID' tu. 6. Next step launch Garmin Keygen. Masukkan Your Garmin Unit ID dari step no 5 kat kotak Enter Your Unit ID Here pastu click Generate. Yang software product tu takyah tukar sebab by default dia dah memang pilih Garmin Mobile XT. Dah generate copy 'Your software unlock code' pastu paste kat dalam notepad. Pilih 'save as', letak nama 'SW.UNL tapi jangan lupa tukar 'Save as type' tu jadi 'All files'. Nak senang save terus kat dalam folder Garmin dalam memory card. Kalau nak save dalam pc dulu pun boleh tapi lepas tu kena copy & paste dalam folder Garmin dalam memory card. 7. Dah siap step ni kena copy map pulak. Just copy and paste je map yang korang download tu dalam folder Garmin kat memory card korg. Yang POI (Point Of Interest) pun just copy paste jugak, tapi kena extract la dulu kalau format rar. Kalau tak nak guna ignore je la. Dah siap install dah ni, boleh la try guna Garmin korang. Tapi kena duk kat luar rumah, bagi senang nak detect satelit. 1st time mungkin lambat sikit kot. Launch software Garmin ni (biasa dia duk kat dalam 'Application' ) nanti dia ada tanya setting sikit untuk first time guna. Aku pun lupa apa yang kena set tapi dia ada tanya bahasa, unit yang kita nak guna dengan 2-3 benda lagi kot. Pastu ada gak yang tanya nak on bluetooth ke, since handset korg dah ada built in GPS receiver tak yah la on. Korg tunggu la sampai bar kat atas tu naik color hijau, tu maknanya dah ready la tu. Kalau korg view map pun dia ada tulis ready to navigate. Okay la, setakat ni dulu, try la sampai berjaya, tak susah mana pun. Nanti aku share sikit cara nak guna Garmin ni, setakat yang aku tau la. Apa-apa kemusykilan bleh post kat sini, ramai kawan-kawan yang boleh tolong. Sikit info, bagi pengguna 5800 XM kadang-kadang kuar 'Certificate Error' lepas install software ni. Cara nak atasi kena hard reset handphone korang. Sebelum hard reset tu kena back up segala benda yang save dalam phone memory macam contact list, notes, segala entry dalam calendar and etc. Save la dalam PC ke memory card. Kalau contact tu bleh save dalam sim card tapi kalau banyak sangat tak muat. Nak senang save la dalam memory card. 5800 XM kan dapat 8 GB memory card, sure muat punya. Dah back up semua korang dail *#7370#, time dia mintak security code tu masukkan la security code korang. Kalau tak penah tukar masukkan 12345. Lepas hard reset try install balik. Aku rasa kalau 5800 XM AP set kuar error ni. Kalau ori set takde plak sebab aku dah install banyak kali untuk handset ni. Lepas tu boleh la copy balik semua data yang korg back up tadi. Tambahan sikit, software no 1 kat atas tu untuk handphone yang guna symbian OS (contoh macam Nokia 5800 XM, Nokia N95). Kalau korang guna handphone jenis lain kena tengok kategori yang mana satu la. Ni aku share sekali software untuk smartphone lain... 1. Garmin Mobile XT for Palm 2. Garmin Mobile XT for Palm (for older devices) 3. Garmin Mobile XT for Symbian S60 2nd Edition 4. Garmin Mobile XT for Symbian UIQ3.0 5. Garmin Mobile XT for Windows Mobile 6. Garmin Mobile XT for Windows Mobile (for older devices) Lagi satu tips, kalau korang nak tau handset korg tu ada built in GPS ke tak korg bleh check kat Website ni. Kat atas penjuru kanan ada button untuk search, type je model phone yang korg nak check pastu korg scroll sampai bawah tengok kat row GPS. Kalau ada dia bagitau la ada ke tak. Lagi satu, tengok sekali dia punya OS, kat situ korg boleh tau nak install software yang mana satu. Kalau dia takde bagitau OS aku pun tak dapat nak menolong, contoh macam kebanyakan Sony Ericsson.
pergi ke page ini.. http://www.w3schools.com/
Download http://quickupload.net/cdtd7q80adsp/Quran_Mobile__the_LeGeNd@TeamGempak.rar.html
Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri. Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Tidak cukup tidur. Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar disekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet sehingga pagi. Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang 'study smart' bukan semata-mata 'study hard'. Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini. Makan terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji. Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda. Ada ketikanya andabersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola diwaktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan. Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi. Ada pula sesetengak pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar. Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang. Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk dimalamnya. Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya. Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah? Tidakkk! Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran. Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda pelu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari. Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran: * Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu. Perhatikan perkara-perkara yang berikut: o Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain. o Rajah-rajah. o Jadual. o Carta. o Peta. * Baca perenggan bahagian pendahuluannya. * Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya. * Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci. Membaca hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan 'input' semata-mata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda. Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemu dan membosankan. Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca. Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut: * Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda. * Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda. * Selepas satu perenggan atau satu muka surat.... berhenti sejenak. Tanyakan diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi. Cuba lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda ketahui. CUba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri. Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.
Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran. Sebagai pelajar anda mestilah: 1. Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 - 7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5 - 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari. 2. Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya. 3. Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya. 4. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai. 5. Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan. 6. Sediakan senarai tugas harian ("TO DO" lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey "Put first things first". 7. Rekodkan progress anda pada sehelai kertas. Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda. 8. Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan. 9. Gunakan teknik membaca yang berkesan. Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang. 10. Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”. Iaitu proses memanggil semula maklumat. 11. Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain. Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 - 2 jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil. 12. Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Kemana perginya lagi 350 hari masa anda? TAHUKAH ANDA? Kalau anda ditakdirkan hidup selama 90 tahun, anda menghabiskan 30 tahun dari usia anda hanya untuk tidur
Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu. Persediaan Sebelum Membaca. Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan. 1. Pilih masa belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang. Wastu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar. 2. Pilih suasana yang sesuai. Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun. 3. Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata. 4. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati. Pelbagai Cara Membaca. Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu dilakukan. 1. Membaca untuk hiburan. Membaca untuk tujuan berhibur tidak memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Bahan-bahan yang biasa dibaca ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan sebagainya. 2. Membaca untuk mencari maklumat tertentu. Ada ketikanya anda membaca semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu sahaja. Anda boleh membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari. Anda perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi mendapatkan maklumat dengan lebih cepat. Anda boleh terus membelek muka surat yang berkaitan dan memlambatkan bacaan anda bagi menyaring maklumat yang ada. 3. Membaca secara kritikal. Membaca cara ini perlu apabila anda membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya. Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul ketika menelaah mata pelajaran anda. Dengan menggunakan pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan tidak membosankan. Minat juga mula terbit apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca. Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal. * Melihat seimbas. Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut. - Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk tersebut. - Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan sebagainya. - Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama. - Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas. * Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup. * Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan. Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda. * Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan anda apabila tiba dibahagian yang sukar. Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu. * Gariskan fakta-fakta penting. Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan anda. * 'Highlight' setiap kata kunci. * Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan sebagainya. * Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca. * Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda. Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah anda baca. Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.
Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda: * Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar. * Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat. * Cuba duduk di barisan depan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar. * Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih. * Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak. * Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda. * Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru. * Catat setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana? * Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan. Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru. Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik. Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU. * Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan. * Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas
Minat. Untuk mengingati sesuatu fakta anda mestilah mempunyai minat untuk mengetahui tentangnya. Anda mesti mempunyai sebab kenapa mahu mengingatinya. Fikirkan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan minat anda ketika belajar atau ketika berada dalam kelas. Sekiranya anda sedar yang anda tidak berminat pada satu-satu mata pelajaran atau pada seorang guru, lakukanlah usaha untuk memperbaiki diri anda demi masa depan anda. Langkah-langkah seperti berikut boleh membantu: * Dapatkan rakan yang hebat dalam pelajaran tersebut. * Kenali guru anda dan cuba fikirkan kebaikan-kebaikannya daripada memikirkan keburukan-keburukannya * Lakukan lebih banyak latihan untuk menguasai mata pelajaran tersebut. Mulakan sedikit dahulu, apabila anda menguasai, walaupun sedikit, anda akan mula lihat bahawa anda punya potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula berputik * Cari jalan untuk mempraktikkan apa yang anda pelajari. Pelajaran bahasa memerlukan anda sentiasa bercakap menggunakan bahasa tersebut Berhasrat Untuk Mengingatinya. Hasrat yang sungguh-sungguh untuk mengingati sesuatu fakta. Berfikir secara positif dan katakan pada diri yang anda pasti boleh mengingatinya. Amalkan sikap yang anda pasti mempelajari dan menguasainya sekarang, bukan esok bukan akan datang. Langkah-langkah berikut turut membantu: * Anggapkan bahawa guru akan memberikan kuiz dipenghujung sessi, ganjarannya ialah RM10 untuk setiap soalan yang dijawab dengan betul. * Rekodkan pada sehelai kertas setiap kali anda meyedari yang fikiran anda melayang. Serta merta kembali berikan tumpuan. Dengan cara ini anda melazimkan minda anda untuk berusaha memberikan tumpuan. * Apabila membaca cuba berkata-kata kembali dengan penulisnya (walaupun penulis sebenarnya tidak ada dihadapan anda). * Ketika guru mengajar bentuk soalan sebanyak mungkin dan soal ketika berpeluang. Pengetahuan Asas. Pemahaman anda tentang sesuatu subjek baru bergantung kepada sejauh mana pengetahuan anda tentang subjek tersebut sebelumnya, dan juga subjek-subjek yang berkaitan dengannya. Lagi mantap pengetahuan asas anda, lagi mudah anda menguasai subjek yang baru dipelajari. Tip: Lagi banyak pengetahuan asas anda tentang sesuatu pelajaran lagi mudah untuk anda lebih mengetahui tentangnya. Langkah-langkah yang boleh diambil: * Buat imbasan sebelum mempelajari pelajaran / tajuk baru (Lihat bahagian membaca kritikal). * Baca bahan sebelum bermulanya kelas. Baca walaupun anda tidak begitu memahaminya. Ini akan menjadi pengetahuan asas untuk anda. * Mulakan dari yang mudah kepada yang susah. Jangan abaikan perkara asas walaupun nampak mudah. * Lakukan usaha pengayaan bahan, baca buku-buku tambahan, cari bahan dalam internet dan sebagainya. Pemilihan. Anda mesti mampu menilai bahagian mana yang lebih penting dan pilih bahagian tersebut untuk didalami. Minda tidak mampu untuk menguasai sepenuhnya subjek baru dalam sesuatu masa. Minda juga mempunyai had untuk mencerap perkara baru. Oleh itu pilihlah perkara yang paling penting dulu untuk dipelajari, bermula dari sini anda boleh mengembangkan pengetahuan anda dengan menjadikan perkara yang telah dipelajari ini sebagai pengetahuan asas anda. Pengecilan Saiz Maklumat. Anda boleh belajar dan mengingati fakta dengan lebih baik sekiranya anda mampu mengagihkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan tertentu yang lebih kecil. (Lihat bahagian Teknik Ceraian). Recitation. Menyebut fakta atau ide dengan suara yang boleh didengari oleh telinga anda mempercepatkan maklumat dipindah dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Penyebutan berhasil kerana beberapa sebab: Anda tahu anda perlu menyebutnya dengan menggunakan ayat sendiri, maka anda akan berikan lebih tumpuan. Anda juga meningkatkan hasrat untuk mengingatinya. Anda mendapat maklumbalas segera sama ada anda mampu mengeluarkan semula maklumat tersebut. Sekiranya anda telah menguasai sesuatu subjek maka anda juga pasti boleh menerang dan mengajarkannya semula. Apabila anda mendengar setiap patah perkataan, anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat. Tip : * Gunakan kad kecil. * Setiap kali habis baca satu perenggan, berhenti sejenak, jelaskan semula kepada diri anda apa yang telah anda pelajari dengan menyebutnya dalam perkataan anda sendiri. * Dapatkan rakan yang boleh sama-sama menyoal dan menjawab. Leceh? Memang melecehkan tetapi jauh lebih baik daripada anda membaca tetapi tidak faham dan tidak ingat. Gambaran Minda. Ini adalah prinsip memori yang sangat penting. Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan setiap fakta yang anda mahu ingat. Dengan menggambarcara anda menggunakan otak kanan anda seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, tukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda. Sebenarnya minda anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingata anda perlu melakukan usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80% dari apa yang kita lihat daripada apa yang kita dengar. Walau bagaimana rumit sekali pun cuba dapatkan ide untuk menggambarkan setiap apa yang dipelajari. Tanya diri anda soalan berikut: * Bolehkah fakta ditukarkan kepada carta atau graf? * Bolehkan anda melakar atau melukis? * Bolehkan anda buatkan cerita dalam minda? * Bolehkan dihasilkan peta minda? Association. Ingatan akan lebih kuat dan lebih lama sekiranya sesuatu yang mahu diingati itu unik, ganjil, atau boleh dikaitkan dengan sesuatu yang anda ketahui sebelum ini. Consolidation. Minda anda memerlukan masa untuk maklumat baru tersimpan. Apabila anda membuat nota dan mengimbas semula serta merta setelah tamatnya kelas bermakna anda telah membolehkan maklumat tersimpan lebih lama. Memori jangka pendek hanya mampu menyimpan 5 hingga 7 maklumat sahaja dalam sesuatu masa. Sekiranya maklumat ini tidak dipindahkan ke memori jangka panjang maka potensi untuk anda lupa adalah tinggi. Anda biasanya didatangkan dengan begitu banyak maklumat ketika belajar. Oleh itu anda perlu menggunakan kaedah dibawah bagi mengekalkan maklumat-maklumat tersebut. * Membuat nota. * Bertanya soalan dalam kelas. * Mengimbas semula nota. * Berhenti disetiap perenggan dan tuliskan soalan atau soal diri anda apa yang telah anda pelajari. * Membuat gambaran minda. * Menyebut kembali apa yang dibaca dalam ayat sendiri. * Membuat kad kecil. * Menguji diri dengan kuiz atau soalan. Mengagih Latihan. Beberapa siri sessi belajar yang pendek adalah lebih baik dari satu sessi belajar yang panjang. Pendekatan ini perlu digunakan untuk mata pelajaran yang anda sukar fahami atau sukar dikuasai. Sebab minat anda tentang mata pelajaran ini kurang atau tiada langsung sedangkan mata pelajaran tersebut penting. Mengagih masa latihan memberikan masa untuk maklumat dicerap dan disimpan. Ia juga membolehkan anda membina pengetahuan asas tentang pelajaran tersebut.
Setiap pelajar mempunyai keinginan yang unik dalam memilih tempat dan suasana yang paling sesuai untuk belajar. Oleh itu, suasana belajar yang berkesan hanya dapat ditentukan oleh pelajar itu sendiri. Ikhlas pada diri anda. Tentukan sendiri suasana bagaimana yang paling anda gemari. Misalnya, sekiranya anda seorang pelajar yang gemarkan suasana yang ramai orang, maka perpustakaan mungkin pilihan terbaik anda. Sekiranyanya pula, anda rimas dengan keadaan tersebut pilihlah tempat yang sunyi, yang agak terpencil dan jauh dari orang ramai. Jangan paksa diri anda untuk bersetuju dengan suasana belajar orang lain. Jangan ke perpustakaan hanya disebabkan semua rakan-rakan belajar di sana. Anda mungkin ke perpustakaan hanya untuk mencari bahan tetapi untuk belajar ia tidak semestinya disitu juga. Suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas, dan bersih membolehkan anda belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang. Persekitaran sebegini membolehkan anda memberikan tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari. Susun atur perabut dan kepekatan cahaya juga turut mempengaruhi mood belajar anda. Oleh itu mulalah ubahsuai bilik anda sekarang. Sekiranya anda tidak mempunyai bilik yang berasingan maka memadailah sekiranya anda boleh dapatkan satu ruangan atau sudut yang agak terpencil dan jauh dari gangguan. Pasti ada ruangan dalam rumah anda yang boleh anda gunakan sebagai tempat belajar anda. Elakkan dari belajar di dapur atau di ruang tamu. Terlalu banyak gangguan dikedua-dua tempat ini disamping menjadi laluan utama setiap penghuni rumah. Untuk belajar, anda hanya memerlukan satu kerusi, satu meja dan satu rak. Tidak semestinya ia baru dan cantik yang penting anda tahu bagaimana untuk menghias dan menyusunnya. Ubah susun atur kerusi dan meja ini setiap tiga bulan. Mungkin pada awalnya meja menghadap dinding dan selepas tiga bulan ubah pula ia menghadap tingkap. Dengan cara ini anda dapat rasakan perubahan persekitaran yang membuatkan anda rasa seronok untuk belajar. Begitu juga rak buku anda, letakkannya di tepi, kemudiannya di depan atau di belakang. Lakukan apa sahaja yang penting anda dapat rasakan keinginan untuk belajar timbul dihati setelah anda mengubah susun atur perabut ini. Sediakan juga satu ruangan pada dinding, yang mudah anda lihat, untuk anda pamirkan senarai tindakan anda (to do list), carta reputasi akademik anda, senarai projek dan jadual perancangan jangka pendek serta jangka panjang anda. Ada diantara pakar kemahiran belajar yang berpendapat bahawa muzik boleh meningkatkan tumpuan dan keseronokan belajar. Ini disebabkan ia berkait rapat dengan fungsi otak kanan anda. Sekiranya anda seorang yang gemar mendengar radio ketika belajar, maka hentikan tabiat buruk ini. Gantikannya dengan memainkan lagu-lagu latar berbentuk instrumental. Untuk kesan yang terbaik, muzik ini mestilah dimainkan pada kadar bunyi yang sederhana tinggi agar tidak mengganggu anda. Muzik yang paling sesuai ialah instrumental klasik yang dimainkan oleh pemuzik seperti Vivaldi, Bach, Bernstain dan lain-lain. Muzik ini sangat sesuai kerana kebanyakannya menggunakan tempo 60 bit seminit. Iaitu sama seperti kadar degupan jantung purata anda ketika rehat. Dengan Muzik * Denyutan dan tekanan darah menurun. * Gelombang otak perlahan. * Otot-otot rileks. Tanpa Muzik * Denyutan dan tekanan darah meningkat. * Gelombang otak pantas. * Otot-otot tegang. Gantungkan gambar-gambar kejayaan anda (jika ada) atau sijil-sijil pencapaian anda di ruangan bacaan tersebut. Gambar-gambar ini mungkin kejayaan anda dalam sukan atau peraduan-peraduan tertentu. Ia akan mengingatkan anda bahawa anda boleh berjaya dan boleh menjadi juara dalam hidup anda. Gambar tersebut membuktikan yang anda pernah melakukannya sebelum ini dan anda akan melakukannya pula dalam bidang pelajaran. Gantungkan juga katajaya-katajaya yang memberikan anda rangsangan yang positif. Anda mungkin mahu memetik kata-kata yang diperolehi dalam kursus Motivasi Alihan Pelajar untuk dijadikan azimat penguat semangat.
Check originality for hp nokia IMEI is the unique number identification of a cell / mobile phone. All mobile phones have a unique number – therefore you would not find two with the same number. To check your IMEI number, key in “*#06#” (star hash zero six hash) on your Nokia mobile phone’s keypad just as you would when you dial a phone number to make a call. Nokia More detailed info. This only applies for phones after year 2004. Format of IMEI is just like show below: AA-BBBBBB-CCCCCC-D AA-BBBBBB = Type Allocation Code (TAC) CCCCCC = Serial sequence D = Luhn check digit. (or zero if no checks) From AA: you can know the Reporting Board – example 35 is BABT (British Approval Board for Telecommunications). Use this to help you decide on a purchase! This is repost of an early member’s with a few newer editions: To find out where your nokia phone was made look at digits number 7and 8 (YY) of your IMEI. XXXXXX/YY/ZZZZZZ/A XXXXXX = Type Appoval Code ZZZZZZ = serial number A = check digit 10 = Finland also 01 = Finland 20 = Germany or 02 30 = Korea or 03 40 = China or 04 50 = Brazil, USA, Finland or 05 60 = HK, China, Mexico or 06 70 = Finland or 07 80 = Hungary or 08 91 = Finland or 19 There may be more please list by commenting and not grantee about accuracy. You can always look at the sticker under your phones battery. Its not always correct :) sometimes it is MADE BY NOKIA NO GRANTEES about it its just for idea OK